KONGSI PENGALAMAN DENGAN AHLI YANG PANGKAT PARADISE


NAMA: MARIAM HASSAN
EX. PARADISE DARI KOTA BHARU, KELANTAN.

Pendahuluan.
Di dalam memburu kejayaan dalam kehidupan, ramai di antara kita terpaksa mencuba pelbagai jenis pekerjaan atau perniagaan. Di sini kami ingin berkongsi kisah kehidupan kami sebelum menyertai Giffarine.
Berbagai-bagai jenis perniagaan yang telah kami ceburi di antaranya membuka kedai makan. Namun begitu, perniagaan saya hanya bertahan selama setahun sahaja. Selepas itu, saya dan suami membuka butik pakaian dan di sinilah kehidupan kami sekeluarga mula berubah. Saya sebagai isteri menjaga kedai dan suami pula membuat perabot secara kecil-kecilan. Setelah beberapa tahun kami menjalankan perniagaan tersebut barulah kehidupan kami mula berubah. Bagi kami, perniagaan ini adalah sumber pendapatan utama kami sekeluarga.
Pada suatu hari salah seorang pelanggan datang ke kedai dan memperkenalkan Giffarine kepada kami. Pada mulanya kami hanya mendengar sambil lewa sahaja. Setelah sekian lama beliau menceritakan tentang Giffarine, kami cuba mengambil hati beliau dengan menyuruhnya meninggalkan katalog sahaja.
Pada keesokan harinya, beliau sekali lagi datang ke kedai bersama uplinenya, dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Giffarine. Dari situlah kami mula berminat untuk menyertai Giffarine.

Mengunakan Sendiri Produk.
Pada mulanya, kami hanya mencuba produk Giffarine untuk keperluan sendiri kerana harganya yang berpatutan. Setelah mencuba beberapa jenis produk barulah kami yakin dengan keberkesanannya. Di sinilah bermulanya perniagaan Giffarine dalam kehidupan kami dan ia pada awalnya hanyalah sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.
Setelah beberapa minggu mencuba beberapa jenis produk dan mula yakin dengan keberkesanannya, barulah kami mula membuat penajaan terutamanya kepada pelanggan yang mengunjungi kedai kami. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh menaja sesiapa sahaja yang datang ke kedai akhirnya membuahkan hasil. Setelah mendapat sambutan hangat, saya dan suami mula megorak langkah yang lebih luas dengan cuba menaja saudara-mara dan  kenalan terdekat. Hasil usaha yang berterusan akhirnya telah membuahkan hasil dan kami kini telah mencapai kejayaan.

Sumber Pendapatan Utama.
Giffarine yang pada asalnya menjadi sumber pendapatan sampingan kami sekeluarga kini telah menjadi sumber pendapatan utama kami. Semua impian kami kini telah menjadi kenyataan setelah menyertai Giffarine. Selain itu, untuk berjaya kita harus berkerjasama, berbaik sangka dan tolong menolong sesame kita. Buang sifat hasad dengki mengadu domba dan buruk sangka marilah kita menjadi orang yang baik.

Peluang Melancong  
Selain daripada memperoleh pendapatan yang lumayan, Giffarine juga menyediakan pakej pelancongan yang menarik. Sepanjang menyertai Giffarine kami telah berpeluang melancong ke Beijing, China pada Julai 2010 dan juga Jakarta, Bandung pada Mac 2011 dan Insyaallah pada Disember 2011, kami akan berpeluang ke Australia.
Di sini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Giffarine yang mampu memberi keistimewaan dan kemudahan kepada ahli-ahli walaupun perniagaan ini baru dua tahun bertapak di Malaysia. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada Tn. Hj. Wan Ab. Rahman selaku presiden Giffarine Malaysia. Tidak lupa juga kepada Pengarah Urusan, En. Wan Mohamad Faiz, Cik Wan Shazana selaku Pengurus Pemasaran dan Cik Rosnani serta staf-staf yang telah banyak memberikan kerjasama.
Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada upline yang telah memperkenalkan Giffarine kepada kami dan tidak lupa juga kepada downline-downline yang telah sama-sama berusaha demi untuk mengejar impian masing-masing.
Sekali lagi kami ingin menyeru semua ahli-ahli Giffarine  supaya bekerja dengan lebih gigih demi untuk memartabadkan nama syarikat Giffarine Malaysia hingga ke puncak kejayaan.

“Jadilah insan contoh yang boleh dicontohi dan jadilah insan yang boleh membahagiakan insan lain”


NAMA  :HASNAH YAACOB
PARADISE DARI PENGKALAN KUBUR, KELANTAN.

DENGAN PANGKAT PARADISE DAPAT SAYA BELI KERETA BARU & BELI BANGLOW

Assalamualaikum w.b.t
Selama dua tahun menjalankan perniagaan jenis single level tetapi hasilnya tidak berbaloi lalu saya mula mengubah langkah kepada Giffarine. Alhamdulilah dengan berkat usaha yang gigih dalam perniagaan Giffarine ini saya telah berjaya mengumpul wang untuk membayar muka pendahuluan sebuah kereta baru. Lebih mengembirakan lagi apabila hasil daripada perniagaan ini dapat membiayai perbelajaan isi rumah yang lain.
Sejarah hidup bermula daripada seorang tukang jahit telah bertukar menjadi seorang usaha Giffarine sepenuh masa. Pada mulanya giffarine ini diperkenalkan oleh seorang sahabat baik beliau tetapi oleh kerana produk giffarine ini datang dari Thailand maka beliau tidak begitu yakin tentang kualiti dan kesahihan produk ini. Disebabkan ada perasaan malu dan hormat kepada sahabat baik maka saya pada mulanya mencuba Jus Delima yang telah disyorkan. Selepas mencuba Jus Delima ini saya merasakan ada perubahan pada diri maka terus bertukar fikiran dan pandangan terhadap Giffarine. Rupa-rupanya apa yang di fikirkan adalah salah. Produk ini adalah jauh lebih baik berbanding produk yang lain. Dari segi kesahihan, kualiti dan harga adalah lebih baik berbanding dengan produk-produk yang ada di Malaysia .
Dengan penuh bersemangat dan berkeyakinan maka beliau terus memasuki bidang perniagaan Giffarine ini. Alhamdulilah hasil dari perniagaan ini saya dapat membeli sebuah kereta yang agak selesa untuk memudahkan urusan perniagaan ini. Selepas ini saya bercita-cita untuk membina sebuah banglo yang agak selesa sekiranya diberi rezeki dari Yang Maha Esa. Saya  mengucapkan beribuan terima kasih kepada sahabat baik yang mula-mula memperkenalkan Giffarine kepada saya dan juga tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menjayakan perniagaan ini.
Pernah juga terbayang difikiran jika tidak memasuki bidang Giffarine ini tidak mungkin kemewahan dan kesenangan ini dapat saya kecapi dengan begitu mudah sekiranya masih bergantung kepada kerja sepenuh masa sebagai tukang jahit sebelum ini. Bagi saya keinginan, kemahuan dan disertai dengan usaha yang gigih insyallah hasil yang diperolehi akan dapat dikecapi bersama-sama serta berbaloi dengan usaha yang dilakukan . Saya  juga merasakan Giffarine ini menjaga kebajikan para ahlinya. Bersesuainya dengan moto Giffarine itu sendiri “Masa Depan Kita Bina Bersama”.         

Kemewahan dan Kesenangan dapat di kecapi!!

NAMA  :YM TENGKU ANISAH
PARADISE DARI WAKAF BHARU, KELANTAN.

PRODUK BERMUTU MEMUDAHKAN KERJA SAYA

Giffarine menarik hati saya apabila diperkenalkan oleh seorang sahabat yang sebelum ini menjadi ahli Giffarine. Alhamdulilah berkat dan daya usaha dapat juga saya mencapai sehingga tahap sekarang. Pada mulanya hanya menjadi salah seorang pengguna produk sahaja tetapi kerana yakin dengan kualiti produk ini yang berkualiti tinggi maka saya mula memasuki dunia perniagaan Giffarine ini. Produk pertama yang mula-mula saya cuba adalah Jus Delima dan Lip Tester. Oleh kerana khasiat jus delima yang begitu menakjubkan saya mula menperkenalkan produk ini kepada rakan-rakan dan mula serius di bidang ini.
Sebelum ini saya menjalankan perniagaan jualan tudung dan seterusnya membuka kedai menjahit baju, kini saya merasakan dengan menjalankan perniagaan Giffarine adalah lebih menguntungkan. Ditambah lagi dengan pengalaman yang ada dalam MLM yang lain saya mula mengorak langkah bermula dengan berkongsi cerita dengan rakan-rakan dan membuka rangkaian kerana bagi saya setiap pekerjaan mesti ada komitmen untuk memperolehi hasil yang lumayan.
Fokus dan matlamat juga mesti jelas untuk melakukan setiap perkerjaan ibarat “kapal tanpa nakhoda”. Bagi saya hanya mereka yang jitu dan kental sahaja yang boleh berjaya di dalam perniagaan ini. Belajar dari pengalaman dan kesilapan dahulu saya sanggup hadapi cabaran dan rintangan yang akan datang sehinggalah saya mencapai tahap sekarang ini.
Komunikasi antara tiga perkara utama di dalam syaikat Giffarine iaitu produk,pelan pemasaran dan keteguhan syarikat menyakinkan saya bahawa pilihan saya adalah tepat. Pada saya semua produk Giffarine adalah berkualiti tinggi dan ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk meneruskan perniagaan ini. Giffarine juga banyak memberi pengalaman baru kepada saya yang mana pengalaman di seluruh negeri dalam Malaysia ini. Perniagaan giffarine ini adalah fleksibel kerana kita bebas untuk menjalankan perniagaan pada bila-bila masa mengikut citarasa kita.
Jutaan terima kasih kepada upline-upline saya yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya serta berterima kasih kepada rangkaian di bawah saya yang sentiasa memberi komitmen yang tidak berbelah bagi menjayakan pernigaan ini. Tidak lupa juga kepada Tuan Presiden Giffarine Malaysia serta staf-staf yang telah memberi kemudahan dan kerjasama kepada saya untuk berurusniaga dan menperluaskan lagi empangan perniagaan saya.          

Syukur! Saya kini berpangkat PARADISE!

NAMA  :SYARIFAH NORMALA
PARADISE DARI IPOH, PERAK

Gelagatnya yang bersahaja dan seorang yang low porfil menjadikan Syarifah Normala atau lebih mesra dipanggil “Mala” dikenali sebagai seorang yang peramah dan cepat mesra. Mempunyai bakat dalam nyanyian merupakan satu kelebihan kepadanya dan tidak menghalang beliau untuk menceburi bidang perniagaan Giffarine ini.
Bagi Beliau Giffarine mempunyai kelebihan seperti :
          I            Kepuasan.
Giffarine adalah perniagaan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa,di mana jua dan yang lebih menarik lagi dapat menambahkan kenalan serta mengeratkan lagi perhubungan persaudaraan antara kita.
        II            Tiada Tekanan.
Tidak mempunyai tekanan kerja seperti mana perkerjaan lain. Kerana Giffarine ibarat berkerja sambil melancong.
      III            Peluang cerah untuk Maju.
Bagi Beliau perniagaan Giffarine bergantung kepada usaha kita untuk memajukan atau memperbesarkan perniagaan itu sendiri bermakna  
 Produk Giffarine mendapat sambutan.
Saya begitu teruja dengan sambutan orang ramai terhadap produk Giffarine ini. Peningkatan penerimaan produk ini menyakinkan dan menberi impak untuk saya teruskan perniagaan ini. Dengan jujurnya saya menyatakan bahawa semangat yang berkobar-kobar dalam meneruskan perniagaan ini menyebabkan saya masih berdiri dan akan terus berusaha sehingga cita-cita dan matlamat saya tercapai.
      IV            Dapat melancong ke luar negara.
Satu-satunya syarikat yang menawarkan pakaj pelancong secara percuma menyebabkan saya lagi bersemangat dalam perusahaan ini. Sejak menjadi salah satu ahli keluarga Giffarine ini tidak pernah lagi saya dipinggirkan dalam pakaj pelancongan yang telah dibuat. Bagi saya, kalo tidak menyertai Giffarine adalah sukar untuk saya pergi ke luar negara dengan percuma. Terima kasih diucapkan kepada tuan Presiden Tuan Haji Ab.Rahman kerana memberi peluang kepada saya dan keluarga untuk menyertai Giffarine ini.
        V            Penerimaan Suami Dan Keluarga.
Suami banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada suami tersayang kerana berkat sokongan dan dorongan beliau akhirnya saya berjaya sehingga tahap ini. Walaupun saya banyak menghabiskan masa dengan perniagaan Giffarine ini tapi saya juga tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Insyallah saya akan gunakan kesempatan yang diberikan oleh keluarga saya ini dengan sebaik-baiknya dan tidak menghamparkan mereka.
      VI            Terima kasih diucapkan kepada Pengasas Giffarine.
Terima kasih juga diucapkan kepada pengasas Dr. Nalinee Paiboon atas gabungan antara Malaysia dan Thailand kerana memberi peluang kepada saya untuk mencapai matlamat dan impian dalam bidang keusahawan perniagaan ini. Tidak dilupakan juga Presiden Giffarine Malaysia kerana memberi tunjuk ajar serta nasihat selama ini.


NAMA  :NOOR HAZLENA NAWAL
PARADISE DARI PASIR PUTEH
GIFFARINE ADALAH NADI HIDUPKU…
Kisah hidup saya bermula apabila saya telah diperkenalkan dengan produk Giffarine oleh seorang kenalan rapat. Saya diperkenlakan dengan barangan kosmetik dan Jus Delima. Setelah menggunakan produk ini, kawan-kawan mula menegur tentang perubahan pada wajah saya. Tiba-tiba saya mula terfikir tentang keberkesanan produk ini dan rasa tergerak hati untuk menceburi bidang perniagaan Giffarine ini. Tambahan pula, saya amat meminati bidang kecantikan. Pada pendapat saya, produk yang dihasilkannya oleh Giffarine bermutu, berkualiti dan sesuai untuk kegunaan ramai. Ini kerana, ia dihasilkan dari herba-herba terpilih dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Kehidupan saya telah berubah dari seorang surirumah kepada ahli perniagaan. Berkat usaha dan hasil perniagaan ini, Alhamdulillah kehidupan saya telah banyak berubah. Dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt, kini saya mampu memiliki sebuah MPV dan membina sebuah banglo. Saya juga dapat menampung perbelanjaan pembelajaran suami di universiti dan adik-adik di kampung. Selain itu, keterampilan dan imej saya juga telah banyak berubah.

Saranan saya, semua orang patut mencuba dalam bidang perniagaan ini kerana ia mempunyai peluang yang sangat cerah untuk berjaya walaupun baru bertapak selama 2 tahun di Malaysia. Tidak mustahil semakin ramai usahawan akan dilahirkan melalui perniagaan ini. Giffarine menawarkan pelbagai kemudahan kepada ahli-ahlinya. Antaranya, lawatan ke luar negara. Saya telah menyertai lawatan ke Hong Kong, Beijing dan Indonesia.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada Presiden Giffarine Malaysia serta staf-staf yang telah banyak memberikan kerjasama sepanjang saya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada suami dan keluarga saya yang telah banyak membantu dan memahami dengan kerja yang saya lakukan sekarang. Tidak dilupakan juga kepada rangkaian di bawah saya yang sangat komited dengan perniagaan ini.

Giffarine Sumber Kemewahan!!

NAMA  :TUAN MASTURA TUAN IBRAHIM DAN JASNI ISMAIL
LEADER DARI GUA MUSANG
GIFFARINE MENGUBAH HIDUP KU
Nama saya Tuan Mastura Tuan Ibrahim, yang berasal dari Kg Laloh Kuala Krai, Kelantan. Saya hanyalah seorang wanita kampung yang tidak berpendidikan tinggi. Saya bekerja sebagai pembantu stesyen minyak di kampung saya, manakala suami saya mengambil upah menoreh getah. Hidup dalam serba kekurangan membuatkan saya bertekad untuk berjaya suatu hari nanti, ditambah pula perbelanjaan harian anak-anak yang semakin membebankan. Saya risau memikirkan anak-anak yang semakin membesar dan semuanya masih bersekolah.
Pada suatu hari, saya bertemu seorang kenalan lama di Kota Bharu, beliau mengajak saya untuk menyertai perniagaan jualan langsung yang beliau ceburi. disitulah saya mula mengenali Giffarine. Satu nama yang asing buat saya ketika itu, kini ianya adalah satu nama besar dan sinonim buat saya dan keluarga. Kehidupan kami semakin baik dan lebih terurus. Saya yakin dengan kualiti dan  keberkesanan produknya, pelan pemasaran  dan keteguhan syarikat  akan merealisasikan semua impian saya dan keluarga. Walaupun baru setahun bersama dengan Giffarine, saya mendapat pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan. Kini saya mampu untuk memiliki sebuah kereta dan menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak saya.
Saya dan suami juga telah dibawa melancong ke Jakarta dan Bandung oleh Giffarine Malaysia. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke luar negara. Kenangan yang indah ini tidak akan saya lupakan.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan  jutaan terima kasih kepada Presiden Giffarine Malaysia, Tuan Haji Wan Ab Rahman dan Pengarah Urusan, En Wan Muhd Faiz. Mereka berdua merupakan idola buat saya. Tidak dilupakan juga kepada penaja saya yang memperkenalkan saya dengan perniagaan yang luar biasa ini. Akhir sekalung, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan rangkaian saya yang sama-sama bekerja bagi mengecapi kejayaan. Terima kasih Giffarine!